Berita Ex-SMDKP :
Home » , » Panduan Berblog 2 - Mula Menulis

Panduan Berblog 2 - Mula Menulis

Written By Unknown on Monday, January 6, 2014 | 3:07 PM

Klik imej untuk paparan jelas
Untuk memulakan entri/posting baru anda hanya perlu klik pada ikon pensil seperti yang tertera di dalam imej di sebelah ini.

Pastikan nama blog yang berada di sebelah kanan sekirannya anda adalah penulis beberapa blog yang lain supaya entri anda tidak tersilap blog.

Sekiranya anda ingin menyunting semula entri/posting anda, klik sahaja pada ikon di sebelah ikon pensil tadi.


Untuk blog Orang Lenggeng ini, pastikan anda membaca Panduan Meletakkan Label kerana blog ini mempunyai 'feature' otomatik yang akan menyusun entri/posting anda


Klik imej untuk paparan jelas
Mulakan dengan menulis tajuk entri/posting anda. Anda juga boleh menggunakan tajuk yang panjang.

Masukan sahaja sebarang entri di tempat "Entri bermula di sini".  Untuk meneruskan ke barisan selanjutnya, tekan butang "Enter" di papan kekunci anda. Untuk memulakan perenggan baru pula tekan sahaja butang "Enter" tersebut sebanyak dua kali. Mudah, bukan?

"Numbered List" dan "Bullet list" membuat senarai bernombor atau tanpa nombor seperti di bawah ini:
  1. Satu (tekan enter untuk senarai seterusnya)
  2. Dua (tekan enter dua kali untuk menamatkan senarai)
atau  "Bullet list":
  •  Satu (tekan enter untuk senarai seterusnya)
  •  Dua (tekan enter dua kali untuk menamatkan senarai)
Dah jadi!

Klik imej untuk paparan jelas
Nak susun teks dengan gaya belainan?
Klik pada ikon yang tertera seperti imej disebelah ini sebelum memulakan teks.

Anda juga boleh menyusun semula teks yang sedia ada. Apa yang perlu anda lakukan ialah "Highlight" teks/ perenggan anda dahulu selepas itu klik pada ikon tersebut mengikut kesesuaian anda.

Anda boleh menyusun teks ke kiri, ke kanan, tengah atau sama di kiri dan kanannya (Justify).

Masukan nama anda di dalam ruangan "Labels" di sebelah kiri untuk kali pertama supaya semua entri yang anda lakukan akan terkumpul untuk memudahkan pencarian. Di masa akan datang anda hanya perlu memilih sahaja "labels" nama anda tersebut.

Apabila segalanya telah sedia, klik butang "Publish" untuk memaparkannya di blog.

Jangan khuatir. Anda masih boleh menyunting semula entri anda pada bila-bila masa atau beberapa kali.

SELAMAT MENCUBA!
Share this post :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Orang Lenggeng - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger